Tuesday, March 20, 2012

                                               (gambar hiasan semata-mata)

Lama sungguh tidak menulis di dalam blog ini. Serasa kelu, kaku semuanya ada.. tak tahu nak mula di mana..

For a fresh start; biarlah saya mula dengan angan-angan terkini, a kitchen cabinet for my soon to be new but 'old' house. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mengurniakan rezeki buat kami untuk memiliki sebuah rumah yang amat sederhana. Biarlah tidak cantik, yg penting InsyaAllah ia akan menjadi syurga buat kami sekeluarga di dunia, tempat tumpangan sementara di dunia ini sebelum melangkah ke daerah yang lebih abadi.

Agak kerap juga saya membuat survey ke kedai-kedai kabinet dapur, basically semuanya sama, baik harga mahupun rupa. Saya mahukan yang tidak terlalu mewah tetapi praktikal. Malu untuk memiliki yang mahal sedangkan skill masak tidak seberapa..

Thursday, October 22, 2009

Masak tempoyak ikan patin


Saya orang Kedah. Negeri Kedah tidak pernah popular dengan ikan patin juga tempoyak. Kalau di dalam keluarga kami di Kedah, hari-hari masakan wajib adalah kari atau kami kenali sebagai gulai. 'Not a single day' dalam hidup kami di negeri Kedah emak tidak masak kari. Asal sahaja balik kampung, bila buka tudung saji mesti ada kari, kari, kari dan kari...

Disebabkan saya banyak tinggal di luar negeri Kedah, akhirnya selera makan saya berubah. Kari kini hanya sekali sekala. Antara masakan yang saya suka adalah masak tempoyak. Dulu-dulu saya tidak pernah merasa 'confident' memasak masak tempoyak ini. Selalunya kalau masakan tempoyak tidak menjadi, 'fault'nya diletakkan pada tempoyak, kononnya tempoyak tidak asli, ianya dicampur pisang, atau juga 'fault'nya diletakkan pada ikan sungai yang hanyir, atau ikan sungai itu diternak, tak best.... Lebih sedap masak tempoyak jika di makan di negeri Perak dan di Pahang.

Sekian lama merantau, rindu kembali pada masak tempoyak, sementelah ikan patin dari Vietnam tidak sukar didapati di sini. Tempoyak pula, duriannya kami beli di kedai Asia di sini dan kemudiannya kami proseskan menjadi tempoyak. Hasilnya, beberapa kali saya masak tempoyak ikan patin. Rasanya kali ini, yours truly, memang dapat citarasa yang saya cari, tempoyak rasa 'pure', ikan patin Vietnam juga walaupun semasa dibeli keras kejung tapi terasa manis ikan patin ada di situ.. Pelik tetapi benar...

Resepi masak tempoyak ikan patin yang sangat mudah:

cili padi beberapa biji ditumbuk bersama garam
segenggam tempoyak, kalau nak pekat boleh tambah lagi
kunyit
asam keping
ikan patin beberapa potong
daun kesum
tomato (menggantikan timun)
air

Cili, tempoyak, kunyit dan air masukkan ke dalam periuk. Masak beberapa minit dan kemudian masukkan ikan. Masukkan daun kesum, tomato dan garam secukup rasa. Masak sehingga ikan masak sepenuhnya.

Setelah masak, makan bersama nasi panas. Alhamdulillah, nikmat Allah Taala..

Thursday, September 17, 2009

Salam Lebaran


Salam Lebaran. Moga lebaran kali ini membahagiakan. Maaf zahir batin. Mohon maaf jika ada tulisan di blog ini menyakitkan. Saya manusia yang tidak pernah sunyi dari membuat kesilapan.
kredit photo: ukhti27

Monday, September 07, 2009

Hidup ini memang payah

Hidup ini memang payah...

Ya.. belajar ini juga payah....

Thursday, September 03, 2009

Ramadhan kali ini

Ramadhan kali ini disambut sederhana bagi kami di sini. Tiada kemeriahan Pasar Ramadhan mahupun kekalutan berkejar ke masjid untuk menunaikan solat terawikh. Kami berpuasa anggarannya adalah 16 jam. Bermula berpuasa sekitar 4 pagi dan berbuka sekitar jam 8 malam. Cuaca hampir musim luruh membuatkan kami tidak terasa letih berpuasa di sini. Alhamdulillah, tetapi kalau berpuasa musim sejuk tentu lebih enak lagi bilamana permulaan berpuasa sekitar jam 6 pagi dan berbuka sekitar jam 3.30 petang.

Seronok sebenarnya berpuasa di tempat orang. Saya masih ingat kalau di Malaysia, saya pernah merasa berpuasa di banyak negeri. Antaranya Selangor, Kuala Lumpur, Terengganu, Pahang, Perlis, Pulau Pinang dan tentunya di negeri asal sendiri, negeri Kedah Darulaman. Antara rutin kami adalah menziarahi Pasar Ramadhan di tempat-tempat itu, bukannya apa, seronok meraikan peniaga-peniaga yang antaranya baru mula-mula nak belajar berniaga.

Tetapi di sini sangat berbeza. Kalau teringin nak makan sesuatu, terpaksalah masak sendiri. Kadang-kadang jika bernasib baik, dapatlah rasa yang dihajati, tetapi jika tidak, nampaknya gigit jarilah. Masak untuk berbuka di sini pun simple-simple sahaja.

Antara menu simple berbuka puasa kami adalah nasi ayam. Cukup mudah dan ringkas. Bukannya susah mana pun nak buat tapi kenapalah jika ke Pasar Malam dulu-dulu, asyik-asyik nasi ayam yang saya cari.

Sabtu baru ni, saya mencuba resepi nasi kerabu buat pertama kalinya dalam hidup. Ini akibat tidak puas makan bila hari sebelumnya saya menempah nasi kerabu Zihan Wan Hazli dari warung online isteri-isteri (http://warungnotts.blogspot.com/) yang mengikut suami belajar di sini. Kemasyhuran nasi kerabu mereka sudah lama saya dengar. Rupanya memang betul-betul sedap. Sambal kelapa, solok ladanya mempunyai kemanisan yang original. Nasi, daging bakar dan sambalnya was just perfect. Puas kami menambah gula untuk meniru hasil masakan mereka namun apabila tiba masa untuk dirasa masih tidak seperti nasi kerabu mereka. Hmm..mungkin gula yang kami masukkan belum cukup atau ada rahsia lain yang kami tidak tahu. Tetapi apa yang kami banggakan adalah telur masin buatan sendiri sangat menepati citarasa kami yakni tidak terlalu masin, sedang-sedang saja.

Kuih muih pula jarang kami masak kecuali yang paling simple, resepi pisang aroma yang diajar oleh seorang rakan saya di Plymouth. Hanya balutkan pisang di dalam kulit popia dan goreng. Jika mahu sedap lagi, balutkan pisang dengan cheese. Kerapuhan kulit popia dengan kemanisan pisang ditambah dengan cheese yang cair di dalam mulut sangatlah enak. Voila.. ianya faveret saya...

Kadang-kadang kami ada juga menempah kuih muih dari warung online, seperti baru-baru ini kami menempah dadih. Pelbagai perisa seperti jagung, strawberry, susu dan coklat. Berperisa sungguh. Hilanglah sedikit rindu kami pada Pasar Ramadhan di sana.

Salam Ramadhan dari saya. Mudahan kita memanfaat sebaiknya Ramadhan yang hadir pada tahun ini.